Kenali Kami

Yew Huoi, How & Associates (“YHA") adalah salah sebuah firma guaman tempatan di Malaysia yang berdedikasi ke arah memberikan perkhidmatan undang-undang terbaik kepada setiap pelanggannya. Kami berpengalaman dalam sektor teras maritim, korporat dan urusan yang melibatkan syarikat, komersial dan insurans. Kami dipercayai oleh pelanggan kami untuk menyelesaikan masalah undang-undang mereka yang paling rumit dengan menggunakan kaedah yang paling menjimatkan masa dan kos. Syarikat kami berdedikasi untuk bekerjasama dengan pelanggan kami dalam usaha membina dan memajukan lagi perniagaan pelanggan kami ke tahap seterusnya kerana visi kami adalah untuk berusaha memenuhi keperluan undang-undang pelanggan kami untuk jangka masa yang panjang. Kami amat menghargai hubungan jangka panjang pelanggan kami. Di firma ini, kami menawarkan penyelesaian yang progresif, jangka panjang dan berkesan, dan bukannya pendekatan yang kurang efektif atau pandangan pendek.

  1. Berdikari, berintegriti dan adil
  2. Peningkatan profesional
  3. Penyelesaian yang menjimatkan masa dan kos
  4. Pembangunan mampan
Kenali kami

Pasukan Kami