Pengalaman litigasi kami telah memberi kelebihan untuk memahami kemungkinan perangkap dalam melakukan transaksi dalam perjanjian jual beli.
Perkhidmatan kami dalam perjanjian ini turut disokong oleh peguam litigasi yang mampu menguji kesahihan klausa dalam suatu perjanjian jual beli.
Kami mahir dengan undang-undang berkenaan penjualan, pembelian, pembahagian dan pemindahan harta.
Kami kerap kali terlibat dengan syarikat multinasional untuk melakukan pemindahan tanah industri bernilai jutaan ringgit.
Kami juga telah melaksanakan pelbagai urusan yang melibatkan hakmilik strata dan tanah dengan lancar dan sempurna.
Kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam menasihati potensi keuntungan dan perangkap transaksi sebegini kepada klien kami.
Dengan itu, kami dapat mengelakkan proses yang mengambil jangka masa yang lama serta kos yang tinggi bagi klien kami.
Pengalaman kami dalam berurusan dengan bank dan ejen harta tanah juga memberi ketenangan kepada klien kami.