EQUITY – RELIEF PT. 1: RECOVERING POSSESSION OF IMMOVABLE PROPERTY
What is specific relief? How can properties be recovered under the rule of equity? Part 1: Recovery possession of Immovable property
Pengurusan dan Pembinaan
Pada Oktober 2018, kami berjaya mendapatkan penghakiman terdapat Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL) mengenai isu berkaitan dengan Akta Pengurusan Strata 2013. Kami juga pada bulan Mac 2018 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memperoleh keputusan yang dimana ia kini mewajibkan pihak Pemaju (syarikatnya yang tersenarai antara syarikat-syarikat awam negara yang gagal melakukan pemindahan petak kepada pemiliknya) untuk membayar sumbangan dana pengurusan kepada Syarikat Pengurusan tersebut.
Urusan Jual Beli Harta Tanah
Kami baru-baru ini berjaya mendapatkan keputusan untuk ‘specific performance’ ataupun pelaksanaan tertentu dalam suatu perjanjian jual beli harta tak alih kerana penjual enggan menandatangani perjanjian formal (syaratnya yang sebelum ini telahpun dirundingkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak) dan menyempurnakan transaksi tersebut. Saman Pemula kami yang meminta penambahan masa untuk mencegah pelepasan kaveat di bawah Seksyen 326 Kanun Tanah Negara yang didaftarkan oleh penjual kepada Pendaftar Pejabat Tanah.
Baru-baru ini, firma kami berjaya menyelesaikan pertikaian mengenai penjualan dan pembelian tanah utama di Kuala Selangor yang memihak kepada klien kami setelah beberapa hari perbicaraan. Firma kami juga telah mencapai penyelesaian yang memuaskan bagi pelanggan kami dalam isu berkaitan dengan penindihan antara penyiasatan sivil dan jenayah terhadap klien kami yang melibatkan tuduhan penyalahgunaan, penindasan dan paksaan pemindahan tanah oleh pihak yang terlibat dalam transaksi tersebut.
Urusan Jual Beli
Pengalaman litigasi kami telah memberi kelebihan untuk memahami kemungkinan perangkap dalam melakukan transaksi dalam perjanjian jual beli. Perkhidmatan kami dalam perjanjian ini turut disokong oleh peguam litigasi yang mampu menguji kesahihan klausa dalam suatu perjanjian jual beli. Kami mahir dengan undang-undang berkenaan penjualan, pembelian, pembahagian dan pemindahan harta. Kami kerap kali terlibat dengan syarikat multinasional untuk melakukan pemindahan tanah industri bernilai jutaan ringgit. Kami juga telah melaksanakan pelbagai urusan yang melibatkan hakmilik strata dan tanah dengan lancar dan sempurna. Kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam menasihati potensi keuntungan dan perangkap transaksi sebegini kepada klien kami. Dengan itu, kami dapat mengelakkan proses yang mengambil jangka masa yang lama serta kos yang tinggi bagi klien kami. Pengalaman kami dalam berurusan dengan bank dan ejen harta tanah juga memberi ketenangan kepada klien kami.
Firma kami telah berjaya melakukan kira-kira 320 perjanjian jual beli antara Januari – Ogos 2019. Ini termasuk penjualan dan pembelian harta tidak alih, urusan pemindahan dan lain-lain.
Kami adalah peguam yang mempunyai panel bersama bank-bank berikut:
What is specific relief? How can properties be recovered under the rule of equity? Part 1: Recovery possession of Immovable property
During the last legal update on relief and recovering possession under equity, we have explained on recovering possession of immovable property which falls under sections
( MALAYSIA ) OFFICE
YEW HUOI, HOW & ASSOCIATES
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
ADVOCATES & SOLICITORS
No. 1, Jalan Riangria 6
Taman Desa Tiara, Off Jalan Klang Lama
58200 Kuala Lumpur.
+603-7971 3191
Fax: +603-7972 9131
YEW HUOI, HOW AND ASSOCIATES MALAYSIA LAW FIRM. All Rights Reserved. 2012 – 2022. Version 4.0